Persiapan Menyambut Pelancong di Batu Ferringhi

Iklan
Seorang pengunjung pantai Batu Ferriinghi mengambil suhu badan sambil dipantau oleh budak pantai atau beach boy Azmil Zulkifli Balakrishnan, 36, sebagai salah satu langkah prosedur operasi standard (SOP) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata seramai 50,000 pelancong domestik dijangka mengunjungi Pulau Pinang pada hujung mingau ini selepas kebenaran rentas negeri diseluruh negara diberikan bermula 11 Oktober lepas berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Kerajaan Persekutuan akan memberikan tumpuan khas kepada sektor pelancongan dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentang hujung bulan ini, untuk membantu sektor itu pulih semula selepas terkesan akibat pandemik COVID-19.

Iklan
Iklan

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata industri pelancongan merupakan satu-satunya industri yang paling terjejas dengan pandemik dan paling lambat untuk pulih semula. - Foto Bernama