KUALA LUMPUR - Syarikat dan premis perniagaan di bawah subsektor pelancongan dan kebudayaan kini dibenarkan beroperasi tanpa perlu membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) berkuat kuasa serta-merta.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, kebenaran itu tertakluk kepada syarat lengkap vaksinasi bagi semua pekerja dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.