AUKUS, penjawat awam enggan vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Iklan
Isu pakatan keselamatan tiga negara yang telah diwujudkan antara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) menjadi antara isu bakal dikupas pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR - Isu pakatan keselamatan tiga negara yang telah diwujudkan antara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) menjadi antara isu bakal dikupas pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu dijadual dibangkitkan pada sesi soal jawab lisan Waktu Pertanyaan Menteri oleh Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) kepada Menteri Kanan Pertahanan.
Iklan
Iklan
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan tentang status dan hak jika penjawat awam tidak mahu mengambil vaksin dan adakah kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam tersebut.
Pada sesi sama, Cha Kee Chin (DAP-Rasah) akan meminta Perdana Menteri menyatakan apakah terdapat cadangan daripada kerajaan untuk menambahkan kawasan pilihan raya atau persempadanan semula, selepas pertambahan pemilih yang banyak pada suku ke-3 tahun 2021.
Iklan
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula diminta oleh Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) untuk menyatakan sektor industri yang paling terjejas sejak negara dilanda wabak Covid-19 dan tahap kesediaan Kerajaan membuka kembali sektor ekonomi sepenuhnya.
Mesyuarat hari ini juga dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.
Iklan
Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terlibat ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berakhir hari ini setelah 17 hari bersidang. - Awani
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com