Polis Selangor tingkatkan pemantauan pematuhan SOP
Iklan
SHAH ALAM - Polis di negeri ini mempertingkatkan pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, mulai Isnin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pemantauan akan dilakukan di lokasi tumpuan di negeri ini antaranya kawasan rehat dan rawat (R&R).