LBS lancar Prestige Residence

Iklan
Hock San

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan projek terbaru iaitu pangsapuri servis, Prestige Residence dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM301 juta.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, Prestige Residence merangkumi 1,450 unit dan dibina di atas tanah seluas 3.23 hektar di Seri Kembangan, Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdiri daripada tiga jenis susun atur, dengan ukuran binaan bermula daripada 600 kaki persegi (55.74 meter persegi) hingga 850 kaki persegi (78.96 meter persegi) dengan harga permulaan yang berpatutan iaitu RM270,000.

"Dilengkapi dengan 40 kemudahan dan rumah kelab dua tingkat yang eksklusif, bakal pemilik residensi ini mempunyai pelbagai pilihan aktiviti untuk memupuk sesi ikatan keluarga yang sihat di samping mempromosikan semangat muafakat dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, kediaman itu juga menyediakan akses mudah ke lebuh raya utama dan pelbagai kemudahan awam utama, seperti hab komersial, institusi kewangan, lapangan terbang antarabangsa, penyedia perkhidmatan kesihatan dan banyak lagi kemudahan lain.

"Saya yakin Prestige Residence berupaya menterjemahkan kemampuan LBS dalam memberikan peluang bagi pembeli rumah pertama untuk mendapatkan kediaman mereka dengan harga yang menarik dan kualiti binaan yang baik.

Iklan

"Generasi masa hadapan patut memulakan langkah pertama mereka dengan membeli rumah yang mampu dimiliki dan berkualiti. Lokasi yang strategik juga penting kerana ia membuka peluang pekerjaan dan pendidikan kepada pemilik kediaman,” katanya.

Prestige Residence.

Hock San berkata, perkara terakhir yang menjadi asas kepada pembinaan projek LBS adalah komuniti yang amat penting bagi pembeli untuk dijadikan sebagai tempat tinggal atau pelaburan pada masa hadapan.

"Prestige Residence adalah lambang penyatuan ketiga-tiga asas yang menjadi pegangan LBS,” katanya.

Mengulas lanjut, Hock San berkata, sempena dengan pelanjutan tarikh kempen Bonanza Vacci-Nation sehingga ke penghujung tahun 2021, sekarang merupakan masa yang amat sesuai bagi pembeli rumah untuk mendapatkan rumah impian mereka.

"LBS akan memberikan insentif tunai berjumlah RM671,120 serta insentif tunai tambahan sehingga RM334,500 bagi mereka yang telah mendaftar atau lengkap divaksinasi,” katanya.

Pembeli rumah Prestige Residence yang membuat pesanan sehingga akhir tahun layak untuk menyertai cabutan bertuah pusingan kedua dan hadiah lumayan dan menarik seperti Proton X70, Persona, Iriz, Exora bernilai lebih daripada RM750,000 menanti untuk dimenangi.

Untuk maklumat terperinci mengenai projek Prestige Residence, sila kunjungi bilik pameran maya kami di https://prestigeresidence.com.my atau hubungi 1700 81 8998.