Ahmad Faizal nafi sudah berkahwin dengan Erra Fazira

Iklan
Erra Fazira, Ahmad Faizal

IPOH - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan laporan sebuah portal mendakwa beliau sudah berkahwin dengan selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira.

Menerusi portal tersebut, Erra Fazira dikatakan sudah berkahwin sebagai isteri kedua dengan seorang seorang ahli politik.

Iklan
Iklan

Khabar angin yang tular menerusi Twitter sejak Ahad itu mengaitkan Ahmad Faizal sebagai ahli politik yang dimaksudkan.

"Tak betul," jelas Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu berkahwin dengan Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan mempunyai dua orang anak.

Iklan