Bapa kudung rogol anak OKU dijel 15 tahun, sebat

Iklan
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 50 tahun itu mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun. Foto Bernama

KOTA BHARU - Padah merogol anak perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), seorang lelaki kudung terpaksa meringkuk di dalam penjara apabila dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Ahad.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 50 tahun itu mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 September lepas.

Mengikut fakta kes, kejadian disedari selepas mangsa mengadu kepada gurunya tentang perlakuan tertuduh, guru itu kemudian membawa mangsa ke hospital dan membuat laporan polis.

Iklan

Hasil siasatan mendapati terdapat satu rakaman video memaparkan tertuduh sedang merogol mangsa. Video berkenaan dirakam sendiri oleh mangsa menggunakan telefon bimbit miliknya semasa kejadian kira-kira 11.59 malam, pada 18 Ogos lepas.

Mangsa yang mengalami kecacatan pada bahagian kakinya juga mendakwa, dia mula dirogol tertuduh sejak Mac 2017 iaitu seminggu selepas ibu tirinya meninggal dunia, serta mendakwa bapanya melakukan perkara itu kira-kira 30 kali di bilik tidur mangsa.

Iklan

Tertuduh yang mengalami kecacatan kudung pada tangan sebelah kiri didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam sebuah bilik di rumahnya dekat Kuala Krai, kira-kira 11.59 malam, 18 Ogos lepas mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman yang ringan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, dengan alasan kes yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan yang serius. -Bernama