Hari Sukan Negara peluang rakyat hargai kehidupan, perpaduan
Iklan
KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi, Abang Johari Tun Openg berkata, Hari Sukan Negara (HSN) dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak menghargai kehidupan serta perpaduan antara kaum terutama semasa negara masih lagi dalam pandemik Covid-19.
"HSN juga diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat selain sukan juga adalah wadah penghubung yang baik untuk mencapai perpaduan antara kaum,” katanya dalam ucapan sempena sambutan HSN 2021 peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.