Terpalit dakwaan rasuah, Kaunselor Austria letak jawatan

Iklan
Sebastian Kurz bercakap pada satu sidang media di Belgrade, Serbia, 4 September 2021. (Foto AP)

VIENNA - Kaunselor Austria Sebastian Kurz mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu malam dan mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya.

"Saya ingin mengelakkan kekacauan. Bagi saya negara adalah lebih penting," katanya dalam satu kenyataan lapor Agensi Berita Xinhua.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, akan kembali ke parlimen dan menumpukan tugasnya sebagai ketua People Party dan menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan namanya atas tuduhan"palsu" yang dikenakan ke atasnya.

Sementara itu, Kurz mencadangkan Menteri Luar Alexander Schallenberg sebagai penggantinya memandangkan Schallenberg mempunyai kemahiran diplomatik yang diperlukan untuk membina kembali kepercayaan kedua-dua pihak.

Iklan

Kurz, 35, berdepan desakan agar beliau berundur termasuk daripada sekutunya selepas beliau dan sembilan yang lain terpalit dengan dakwaan rasuah.

Beliau didakwa menggunakan wang kerajaan untuk memastikan media memberikan liputan yang positif mengenainya.

Iklan

Pembangkang telah menggesa Kurz berundur dan merancang untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya di parlimen Selasa depan.- Bernama