Budak 5 tahun korban Covid-19 termuda di Sarawak

Iklan
Kanak-kanak tersebut yang memiliki komorbiditi obesiti meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri. - Gambar hiasan.

KUCHING- Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjadi korban termuda Covid-19 di Sarawak, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, pada Sabtu.

Kanak-kanak tersebut yang memiliki komorbiditi obesiti meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri.

Iklan
Iklan

"Kes merupakan antara 14 kematian yang dilaporkan di negeri ini bermula 30 September hingga 8 Oktober,” lapor jawatankuasa berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, lima kes kematian berlaku di luar hospital.

Iklan

Sarawak merekodkan 1,126 jangkitan baharu dengan 10 kes melibatkan jangkitan kategori 3,4, dan 5.

Kesemua kes ini membabitkan 77 kes aktif, dengan Kuching merekodkan kes tertinggi 315 kes, diikuti Miri 195 kes dan Sibu 117 kes.

Iklan

Ia menjadikan kes keseluruhan di Sarawak kepada 223,507 kes. - Awani