Warisan nafi 'restu' ADUN Sindumin keluar parti

Iklan
Mohd Shafie bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak dakwaan membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob keluar meninggalkan parti.

Beliau berkata, tiada sebarang perbincangan daripada ADUN terbabit untuk keluar parti dan Warisan melihat ia sebagai keputusan peribadinya sendiri.

Iklan
Iklan

"Beliau (Yusof) tidak menyatakan hasratnya kepada saya, tiada perbincangan. Cuma bila saya nyatakan, dia luahkan bahawa dia akan meninggalkan parti.

"Saya menghubunginya semalam selepas keluar berita bahawa ada keredaan daripada saya. Saya maklumkan, tiada Presiden parti yang merelakan ADUN keluar dari parti. Ini yang tidak betul.

Iklan

"Saya tidak pernah merelakan mana-mana ahli dan ADUN keluar daripada Warisan. Kalau ada pun, kita ambil tindakan undang-undang dan heret ke mahkamah untuk pastikan perjuangan kita bukan bermusim," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung situasi semasa politik membabitkan Yusof yang mengumumkan keluar daripada Warisan pada Jumaat.

Iklan

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, tidak wajar Yusof menggunakan alasan keputusan itu dibuat demi meneruskan khidmat kepada rakyat setempat.

"Ini kerana beliau sendiri sebelum ini telah diberi jawatan penting dalam kabinet negeri iaitu sebagai Menteri Pendidikan dan Inovasi.

"Kedudukan beliau sebagai Ketua Penerangan Warisan telah membolehkan beliau menyertai perbincangan dan mesyuarat penting termasuk Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan juga Mesyuarat Pasca Majlis Raja-Raja bersama dengan Menteri Besar, sama ada mengiringi atau mewakili Presiden parti.

Beliau dalam pada itu mendedahkan bahawa beberapa ADUN Warisan turut dipengaruhi oleh Yusof untuk keluar daripada parti dan menawarkan sejumlah wang yang banyak supaya menyertai parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Saya juga kesal, saya dengar ADUN-ADUN dihubungi oleh Dr Yusof kalau masuk (GRS) ada RM1 juta. Dulu dalam Warisan tiada duit, sekarang dalam GRS, ada duit.

"Saya kesal perbuatan ini yang cukup menghampakan dari segi perjuangan rakyat yang berhempas pulas untuk membolehkan menjadikan seorang ADUN mewakili rakyat," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin ADUN Warisan tidak terpengaruh dengan pujukan terbabit.