'Jangan buang kit ujian kendiri Covid-19 merata-rata'

Iklan
Kit ujian kendiri Covid-19. - Foto 123rf

SEREMBAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menggesa orang ramai melupuskan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah digunakan secara selamat dan teratur bagi mengelak risiko penularan jangkitan wabak berkenaan.

Pengarahnya, Mohd Zahir Shari berkata, sekiranya perkara itu dilakukan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, ia akan memberi risiko kepada orang ramai dan pekerja yang menjalankan kerja perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.

Iklan
Iklan

"Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuang kit ujian kendiri Covid-19 itu merata-rata. Mereka perlu ikut panduan yang disediakan termasuk masukkan kembali ke dalam plastik dan dibungkus elok serta dibuang ke dalam tong sampah selain melupuskan sisa berkenaan mengikut prosedur yang betul," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Mohd Zahir berkata, pihaknya turut mempergiatkan semula kempen membuang sampah ke dalam tong sampah bagi meningkatkan kesedaran amalan kebersihan kepada masyarakat.

Iklan

Menurutnya, SWCorp mengedarkan poster kempen kesedaran itu kepada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi dengan masyarakat agar menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan. - Bernama

Iklan