6.39 bilion dos vaksin Covid-19 disuntik seluruh dunia

Iklan
Lebih 6.39 bilion dos vaksin Covid-19 sudah disuntik di seluruh dunia setakat ini. Foto Xinhua

LEBIH 6.39 bilion dos vaksin Covid-19 sudah disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Iklan
Iklan

Ini diikuti India sebanyak 931 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 398 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 245 juta dos sementara Jepun melebihi 170 juta dos.

Iklan

Manakala Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 152 juta dos.

Iklan

Ini diikuti Thailand dengan lebih 57 juta, manakala Filipina dan Malaysia lebih 45 juta.

Singapura pula dengan lebih 9 juta dos vaksin.- Awani