Kerajaan tambah baik perundangan SPRM
Iklan
PUTRAJAYA - Kerajaan akan menambah baik perundangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memasukkan peruntukan baharu dalam Akta SPRM 2009 (Akta 694) berhubung cadangan kesalahan baharu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara kesalahan baharu yang akan dimasukkan ialah berkaitan salah laku penjawat awam yang menyebabkan ketirisan dan kerugian dana kerajaan secara sengaja atau MIPO (Misconduct in Public Office).
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kesalahan oleh organisasi komersial atau seseorang individu dalam penjualan projek atau tender kerajaan kepada pihak lain untuk faedah kewangan tanpa melaksanakan projek/ tender tersebut (BO-Beneficial Ownership) juga dicadangkan sebagai kesalahan baharu.
"Kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Wan Junaidi berkata, dari segi penguatkuasaan, SPRM kini memfokus kepada isu ketirisan dana, kepentingan awam dan keselamatan negara serta sentiasa mengemas kini teknik terbaru dalam penyiasatan. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>