Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP
Iklan
IPOH - Aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sekiranya perjalanan rentas negeri dibenarkan dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, justeru, tiada gelembung pelancongan di pulau peranginan itu jika pengumuman kebenaran merentas negeri mendahului keputusan melaksanakan gelembung pelancongan.
Iklan
Iklan
"Sekiranya pengumuman untuk merentas negeri dibenarkan, SOP untuk pelancong masuk ke Pulau Pangkor memang telah dipraktikkan mengikut pematuhan SOP pelancongan sedia ada jadi insya-Allah tiada masalah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan dengan mengemukakan kad atau sijil digital vaksinasi Covid-19 ketika mendaftar masuk ke hotel atau inap desa dan pengusaha tempat peranginan perlu membuat pemeriksaan.
Iklan
Sabtu lepas, Nolee Ashilin berkata, penyediaan SOP untuk meluluskan gelembung pelancongan ke Pulau Pangkor kini berada pada fasa akhir dan senarai persiapan yang dijangka siap minggu ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk membuka semula pulau peranginan berkenaan.
Beliau dilaporkan berkata SOP itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk diteliti sama ada Pulau Pangkor layak untuk syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi gelembung pelancongan.
Iklan
Antara yang tersenarai dalam penyediaan SOP itu ialah dari segi pintu masuk, pemeriksaan kesihatan dan kadar vaksinasi penduduk 80 peratus yang telah dicapai selain operator yang pekerjanya perlu lengkap vaksinasi. - Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal