Lelaki ditemui mati terdampar di pantai

Iklan
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai lemas di pantai Batu 4 1/2, petang Isnin.

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai lemas, terdampar di pantai Batu 4 1/2, di sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 6.40 petang mengenai penemuan lelaki berusia 59 tahun di lokasi.

Iklan
Iklan

"Sepasukan polis dari Balai Port Dickson, Bahagian Siasatan Jenayah Port Dickson dan unit forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Negeri Sembilan ke lokasi untuk siasatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa, pihak polis mendapati tiada sebarang unsur perlakuan jenayah dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa lemas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, menurut keluarga mangsa, mangsa keluar rumah kira-kira jam 6 petang Isnin dengan menunggang motosikal seorang diri untuk mandi di laut kerana badannya gatal.

Iklan