Tiada kuarantin masuk Sabah bagi individu lengkap vaksinasi
Iklan
KOTA KINABALU - Tiada lagi syarat kuarantin wajib terhadap individu lengkap vaksinasi untuk masuk ke Sabah, kecuali ketibaan dari luar negara, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap Covid-19 negeri menerusi akaun Twitternya berkata demikian sebagai merujuk prosedur operasi standard (SOP) terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berhubung Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negeri itu yang dikeluarkan pada Isnin.