Pengurus pusat asuhan disambung reman tiga hari

Iklan
Tular video seorang kanak-kanak lelaki disyaki didera oleh pengasuh di sebuah pusat jagaan di Ampang.

AMPANG - Pengurus di sebuah pusat asuhan kanak-kanak disambung reman hingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita warga asing berkenaan dilanjutkan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Mahkamah membenarkan suspek direman sehingga 8 Oktober ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Ahad, seorang wanita warga asing diberkas dipercayai terlibat dalam kes seorang kanak-kanak autisme dipukul di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, tiga individu dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes tersebut dan sehingga kini dua saksi telah dirakam percakapan.