Kartunis lukis gambar Nabi Muhammad maut kemalangan

Iklan
Lars Vilks

KARTUNIS dari Sweden yang sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia selepas melukis gambar Nabi Muhammad, maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.

Menurut media tempatan, Lars Vilks dilaporkan terbunuh ketika kereta polis yang dinaikinya bertembung dengan sebuah trak berdekatan bandar Markyard di selatan Sweden.

Iklan
Iklan

Dua anggota polis turut dilaporkan terkorban dalam nahas itu manakala pemandu trak berkenaan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Vilks, 75 tahun, hidup di bawah perlindungan polis selepas berdepan ugutan bunuh susulan lukisannya yang menimbulkan kontroversi.

Iklan

Hasil lukisan kartun berkenaan, yang dihasilkan pada 2007, dikritik ramai kerana ibarat mencerca Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, pihak polis setakat ini belum mengeluarkan keterangan berhubung mangsa nahas namun pasangan Vilks mengesahkan kematiannya kepada akhbar tempatan, Dagens Nyheter.

Lukisan kartun Vilks itu turut mencetus pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan pemimpin seluruh dunia.

Iklan

Ia memaksa Perdana Menteri Sweden ketika itu, Fredrik Reinfeldt, bertemu duta besar dari 22 negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.

Al-Qaeda di Iraq juga menawarkan ganjaran AS$100,000 atau RM417,000 bagi pembunuhannya.

Pada 2015, Vilks menghadiri perdebatan mengenai kebebasan bersuara yang menjadi sasaran serangan senjata api di Copenhagen.

Dakwanya, dia mungkin menjadi sasaran serangan sehingga seorang pengarah filem terbunuh. -Awani