1,418 kes baharu di Sarawak, 11 libatkan jangkitan paru-paru

Iklan
Hanya 0.78 peratus atau 11 daripada 1,418 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Ahad melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. - Gambar hiasan

KUCHING - Hanya 0.78 peratus atau 11 daripada 1,418 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Ahad melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, baki 1,407 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Iklan
Iklan

"Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 366 kes, diikuti Sibu (146), Miri (130), Bintulu (85) dan Sarikei (80),” menurut JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Ahad.

Kumulatif kes di negeri ini kini sebanyak 215,576.

Iklan

Selain itu, 12 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 29 September hingga 1 Oktober, manakala jumlah kluster yang aktif adalah 102. - Bernama

Iklan