KUALA LUMPUR - Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada semua IPTA terlibat sebelum ini.