Kes positif Covid-19 global lebih 234.5 juta

Iklan
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 234.5 juta berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 234.5 juta berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 43.6 juta kes.

Iklan
Iklan

Ini diikuti India dengan lebih 33.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.4 juta kes.

United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Iklan

Argentina catat angka melebihi 5 juta diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.

Iklan

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.5 juta kes, Malaysia lebih 2.2 juta kes, Thailand 1.6 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 99,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.79 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 700,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 597,000 kes, India lebih 448,000 kes, Mexico lebih 277,000 kes, sementara Rusia kini catat lebih 205,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 38,000 diikuti Malaysia dengan 26,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 16,000 angka korban. - Awani