Dalang kes bunuh wanita warga Indonesia diberkas

Iklan
Nik Ezanee - Foto FB Polis Selangor

SHAH ALAM - Polis berjaya menahan dalang utama kes pembunuhan seorang wanita warga asing yang ditemui mati dalam keadaan bogel di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki warga asing berusia 40 tahun itu diberkas pada jam 10 malam pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Suspek cuba menyembunyikan diri di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, namun kita berjaya memberkasnya.

''Kita turut menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Iklan

Nik Ezanee berkata, hasil soal siasat ke atas suspek mendapati punca awal kes pembunuhan itu bermotifkan cinta tiga segi.

"Kita juga menahan tiga lelaki termasuk seorang lelaki warga tempatan pada Rabu bagi membantu siasatan," katanya.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 7.33 pagi, sepasukan polis menemui mayat wanita warga Indonesia dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti kain di kedai makan itu.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini memaklumkan, menurut saksi terakhir, mangsa berusia dalam lingkungan awal 50-an itu dilihat pada Sabtu ketika dia berniaga di kedai makan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.