Tok Mat akan pangku tugas Zahid selagi diperlukan

Iklan
Mohamad - Foto Astro Awani

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan akan terus memangku jawatan itu selagi khidmatnya diperlukan.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, UMNO tidak pernah menetapkan tempoh kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali menjalankan tugasnya sebagai Presiden UMNO.

Iklan
Iklan

"Terpulang kepada beliau, bila beliau rasa nak balik atau pun untuk kembali semula menjalankan tugas Presiden,” katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn selepas mesyuarat khas bersama Pas.

Mohamad berkata, jawatan Presiden UMNO yang dimenangi Ahmad Zahid adalah pemilihan sah yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO.

Iklan

"Pemilihan parti dibuat oleh ahli parti dan bukan melalui (cakap-cakap) netizen atau WhatsApp.

"Jadi, pemilihan telah dijalankan dan kita dah ada Presiden, saya pula Timbalan Presiden. Sekarang Presiden sedang berehat sekejap dan saya jalankan tugas-tugas Presiden.

Iklan

"Buat masa ini parti sendiri tak ada masalah, parti berjalan macam biasa,” ujarnya.

Disember lalu, Ahmad Zahid memilih untuk berehat daripada memegang jawatannya dalam UMNO dan BN sekali gus memberi kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas Presiden.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO keluar daripada parti itu.