Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS awal urus niaga
Iklan
Ringgit meningkat 25 mata asas berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pada pagi Jumaat, didorong oleh minat belian diperbaharui.
KUALA LUMPUR - Ringgit meningkat 25 mata asas berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pada pagi Jumaat, didorong oleh minat belian diperbaharui, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.03 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1830/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1855/1870 pada penutupan urus niaga petang Khamis.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga berkata, sentimen positif masih ada di pasaran tempatan kerana pelabur kekal yakin dengan asas-asas negara dan selain itu, Lembah Klang juga akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, bermula pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Iklan
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0764/0796 berbanding 3.0760/0775 daripada penutupan semalam dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6266/6319 daripada 5.6308/6328 sebelumnya.
Iklan
Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8372/8418 daripada 4.8531/8548 semalam dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7553/7592 daripada 3.7394/7407. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>