15 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Iklan
Foto 123rf

KUCHING - Hanya 15 daripada 2,487 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Khamis melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), baki 2,472 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 209,624.

Iklan
Iklan

Sebanyak 15 kes kematian direkodkan di Sarawak dari 21 hingga 29 September.

"Selain itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Batu 8 Jalan Kubong yang melibatkan penduduk sebuah rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong, Ulu Pandaruan, Limbang.

Iklan

"Untuk kluster itu, seramai 18 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 229 individu,” katanya. - Bernama

Iklan