Skills pasport mudahkan pencari kerja
Iklan
Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Sebuah portal pekerjaan dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) akan diperkenalkan bagi memudahkan para pencari kerja khususnya golongan muda mendapat kerja, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata portal dilengkapi ciri AI yang dikenali sebagai 'Skills Passport' itu lebih mudah dan cepat kerana akan terus memadankan kriteria pencari kerja dengan organisasi berkaitan di dalam pasaran industri.
Iklan
Iklan
Katanya dengan adanya portal yang mesra dengan ekosistem pekerjaan itu, ia sekaligus akan membantu usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah pengangguran anak muda.
"Industri juga akan menang (situasi menang-menang) kerana mereka tidak perlu lagi mencari anak muda berbakat atau menapis secara manual. Ini kerana 'skills passport' yang akan memberitahu kepada majikan tentang kewibawaan dan kebolehpasaran seseorang individu itu serta boleh diserap ke dalam pasaran industri yang berkaitan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU) diantara Smart Trends International dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di sini, hari ini.
Smart Trends International merupakan sebuah syarikat perundingan yang mengkhusus dalam transformasi perniagaan dan penyelesaian modal insan.
Iklan
MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan MRCB Mohd Imran Tan Sri Mohamed Salim dan Ketua Pengarah Eksekutif Smart Trends International Datuk Dr Emmanuel Benson.
Syed Saddiq berkata kerajaan terus komited menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan berkualiti dan berimpak tinggi bagi menangani kadar pengangguran golongan muda Malaysia yang direkod tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional iaitu 10.8 peratus pada 2017.
Ditanya mengenai potensi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Syed Saddiq berkata kerajaan tidak harus mengambil mudah dan berpuas hati dengan prestasi tetapi perlu bekerja jauh lebih keras untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
"Sebelum fikirkan peluang, fikir macam mana kita boleh berkhidmat kepada rakyat secara lebih baik. Bila khidmat diberikan lebih baik, Insya Allah peluang lebih cerah," tambahnya.
Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau terbatal dan tidak sah, selepas calon Pakatan Harapan yang tidak dibenarkan masuk ke pusat pencalonan, Dr S.Streram, memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengisytiharkan Mohamad menang tanpa bertanding. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar"><meta itemprop="description" content="eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar 
 Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KWAP #eFishery"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T05:37:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/cj7pg1gNRGoEuzVpn/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqm3fu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqm3fu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqm3fu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MV Berkat Tuah: JLM tubuh pasukan khas tuntut gaji tunggakan anak kapal"><meta itemprop="description" content="Pasukan khas ditubuhkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) bagi membela kebajikan kru kapal MV Berkat Tuah yang berjaya dibawa pulang selepas terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak Oktober tahun lalu.
Ketua Pengarah JLM, Datuk Dickson Dollah berkata, kes MV Berkat Tuah merupakan antara kes pengabaian anak kapal yang kompleks kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan, bidang kuasa antarabangsa serta kepentingan pelbagai pihak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788590/berita/nasional/mv-berkat-tuah-jlm-tubuh-pasukan-khas-tuntut-gaji-tunggakan-anak-kapal
#SinarHarian #BeritaSemasa #MVBerkatTuah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T04:24:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P79S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqlnzi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqlnzi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqlnzi"></script>