Kerajaan akan pantau implementasi RMK12: Mustapa
Iklan
Mustapa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memantau segala implementasi rancangan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) melalui pelan pelaksanaan di bawah Unit Perancang Ekonomi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK12.
Iklan
Iklan
"Memang isu utama adalah pelaksanaan (RMK12). Sekarang di Parlimen sudah dimulakan perbahasan (RMK12) dan banyak dipertikaikan mengenai kemampuan kita untuk melaksanakan rancangan yang cantik di kertas, dan kerajaan menerima kritikan secara terbuka.
"Ini mendorong kita untuk bekerja lebih keras," katanya dalam program Agenda Awani bertajuk ‘RMK12: Keluarga Malaysia Pacu Realiti Baharu Malaysia,’ yang disiarkan malam tadi.
Iklan
Mustapa berkata kerajaan menghadapi cabaran untuk merangka RMK12 ketika negara menghadapi krisis ekonomi dan kesihatan akibat Covid-19.
"Ada yang berpendapat, kenapa perlunya rancangan lima tahun. Kerajaan berpendapat kita harus ada visi untuk hala negara ke satu arah. Kalau kita tidak ada rancangan lima tahun, hala tuju kita akan menjadi kurang jelas.
Iklan
"Oleh kerana RMK12 ini jaraknya sebulan dengan Belanjawan 2022, ini juga menimbulkan isu. Inilah cabaran yang kita hadapi,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>