Pas sedia lawan Anwar di Perak
Iklan
Gambar dari kiri: Anwar, Mohd Akmal
IPOH - Pas Perak sedia berdepan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pemimpin itu bertanding di negeri ini.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diinginkan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Pas Perak sudah pun bersedia dengan jentera pilihan raya mereka di semua peringkat.
"Sesiapa sahaja calon lawan kita bersedia dan kalau Anwar bertanding kebetulan di kawasan Pas kita bersedia untuk lawan.
Iklan
"Dia nak bertanding mana itu dia punya suka tetapi untuk kita jentera sudah pun bersiap sedia di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzuddin Shah di sini pada Selasa.
Mohd Akmal (kiri) bertemu seorang pelajar yang divaksin ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Izzuddin Shah pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bahawa Anwar dipelawa bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Sementara itu, Mohd Akmal menasihatkan PKR Perak supaya berhenti seketika berpolitik ketika ini.
Beliau berkata, tumpuan kini perlu diberikan sepenuhnya terhadap usaha menangani penularan Covid-19.
"Sebarang perkara berkaitan politik boleh diumumkan apabila hampir tiba PRU15 nanti," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>