Tiga Felda di Pahang, 4 kampung orang asli di Perak dikenakan PKPD
Iklan
KUALA LUMPUR - Tiga rancangan Felda di Bera, Pahang dan empat kampung dalam Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan di Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 12 Oktober depan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiga Felda yang terbabit adalah Felda Rentam, Felda Tementi dan Felda Sebertak.
Iklan
Iklan
"PKPD di Perkampungan Orang Asli Seri Makmur pula meliputi Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook pada Isnin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.
Iklan
Sementara itu Rodzi berkata, PKPD di Kampung Orang Asli Gangai, Mukim Slim, Mualim di Perak ditamatkan pada Selasa lebih awal dari yang dijadualkan pada 6 Oktober.
PKPD di beberapa lokaliti lain turut ditamatkan pada Selasa mengikut jadual iaitu Kampung Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub dan Kampung Paya Pelong, Kerdau, Temerloh di Pahang serta Kampung Rugading, Kota Marudu dan Kilang Fu Yee, Brantian, Kalabakan di Sabah.
Iklan
"Selain itu, PKPD di dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah melibatkan Kampung Warisan dan Rumah Pangsa Tanjung Aru juga ditamatkan esok seperti yang dijadualkan," katanya. -- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>