Melaka percepat bina Hospital Wanita dan Kanak-kanak

Iklan
Chee Leong

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri akan mempercepatkan projek pembangunan Hospital Wanita dan Kanak-kanak bagi meningkatkan kemudahan perubatan yang sedia ada di negeri ini.

EXCO Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong, berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk mengenal pasti bangunan kosong yang sedia ada di dalam kawasan Melaka Tengah supaya jangka masa projek pembangunan itu mengambil masa yang lebih pendek daripada membina sebuah bangunan yang baharu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bangunan tersebut merupakan status tanah kerajaan dalam daerah ini dan bukan merupakan bangunan di bawah kementerian kesihatan yang terbiar.

"Jika kita membina bangunan baharu kita akan ambil masa yang panjang hingga dua tahun, kalau bangunan sedia ada proses lebih cepat.

Iklan

"Selain kos, mungkin kita nak kaji juga lokasi sama ada ia strategik atau tidak dan juga kaji jaraknya dengan lokasi hospital sedia ada," katanya ketika ditemui hari ini.

Jelasnya, berdasarkan perjumpaan bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) minggu lalu turut memberi perhatian serius untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut di atas bangunan yang diyakini selamat itu.

Iklan

Tahun lalu, kerajaan negeri pernah mencadangkan Bandar Hang Tuah Jaya sebagai tapak pembinaan seluas kira-kira 25 hektar yang dianggarkan kos sebanyak RM750 juta.