Perjalanan politik selepas PRU14 beri pengajaran kepada BN: Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) melepasi fasa fitnah dan kini bergerak lebih maju serta berketerampilan untuk terus mentadbir semula negara dengan lebih cemerlang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti tersebut sedang lebih progresif, cakna dan arif berdasarkan pengalaman, kesedaran serta keinsafan baharu.
Iklan
Iklan
"Perjalanan politik tanah air selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 banyak memberi pengajaran kepada Barisan Nasional (BN).
"Situasi itu mengajar BN betapa getirnya mendepani fitnah dan kesetiaan seperti bahayanya gunting dalam lipatan.
Iklan
"Namun, mutakhir ini, BN telah melepasi ujian tersebut. Fasa demi fasa dilalui, BN kini bergerak lebih maju dan keterampilan. BN sedang tampil lebih progresif, cakna dan arif berdasarkan pengalaman, kesedaran serta keinsafan baharu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, rakyat perlu yakin dan percaya dengan parti tersebut kerana pencapaian (track record) menerajui negara sejak beberapa tahun lalu membuktikan ekonomi, kebajikan rakyat dan perpaduan negara terpelihara.
Iklan
"Seluruh rakyat Malaysia perlu yakin BN mampu mentadbir semula negara ini dengan cemerlang. Bersama-sama kita bermula dari sekarang. Bergandingan bahu bersama BN mengembalikan kemakmuran yang pernah kita kecapi,” kata Ahmad Zahid.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>