Mayat lelaki ditemui di tasik

Iklan
Usaha mencari mayat mangsa dipercayai lemas dijalankan di tasik berhampiran Jalan Meranti Jaya di sini pada Jumaat.

CYBERJAYA - Mayat seorang lelaki ditemui di tasik berhampiran Jalan Meranti Jaya di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.17 malam dan tiba di lokasi kira-kira jam 8.41 malam.

Iklan
Iklan

"Makluman awal diterima menyatakan terdapat sebuah motosikal, telefon bimbit dan topi keledar di tepi tasik tersebut dari pagi sehingga laporan dibuat, dan dipercayai terdapat orang lemas dalam tasik tersebut.

"Siasatan mendapati motosikal tersebut milik seorang lelaki beumur 39 tahun dan warisnya mengesahkan mangsa masih belum pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menemukan mayat mangsa pada jarak 10 kaki dari tebing dengan kedalaman 15 kaki.