KPM perlu fokus pembelajaran subjek teras
Iklan
SHAH ALAM - Persatuan guru bersetuju dengan saranan supaya bilangan subjek dan sukatan pelajaran untuk murid sekolah rendah dikurangkan bagi memastikan murid tidak lagi terbeban.
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya menfokuskan kepada pembelajaran subjek teras.
Iklan
Iklan
Beliau mencadangkan supaya pendidikan sekolah rendah tertumpu kepada subjek bahasa, matematik, sains, adab, jati diri dan kreativiti.
"Jadi, kalau kita tumpukan kepada lima subjek utama ini, saya rasa murid tidak lagi terbeban dengan rangkuman subjek yang terlalu banyak.
Iklan
"Kalau kita tengok negara-negara maju khususnya Korea, Jepun dan Singapura, subjek mereka tak banyak.
"Di peringkat sekolah rendah, mereka lebih menumpukan kepada subjek-subjek teras dan juga pembinaan jati diri yang baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Iklan
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad berkata, sistem pendidikan sekolah rendah ketika ini terlalu terikat dengan kandungan buku teks untuk memenuhi keperluan peperiksaan.
Katanya, keadaan itu menjadikan proses pembelajaran murid terlalu berat dan tidak menyeronokkan disebabkan wujud tekanan.
Mengulas isu sama, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik berkata, subjek yang diajar di peringkat sekolah rendah tidak perlu terlalu banyak, asalkan murid boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) serta fardu ain.
"Namun, 3M ini biarlah merentasi kurikulum iaitu ada ilmu, kemahiran dan nilai untuk membina karakter. Jadi, tak perlulah subjek sivik atau subjek-subjek lain yang tidak berapa penting,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>