Pemuda ditemukan mati dalam bilik

Iklan
Kediaman pemuda yang turut dikerumuni orang ramai dalam kejadian semalam.

TANAH MERAH - Seorang pemuda ditemukan tergantung dalam biliknya kira-kira jam 6.20 petang di Belimbing di sini, semalam.

Pemuda berusia 23 tahun itu ditemui dalam keadaan demikian oleh bapa saudara dan sepupunya ketika pulang dari tempat kerja.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, hasil temu bual terhadap keluarga pemuda itu, mangsa tidak menceritakan sebarang masalah dan juga tidak berselisih faham dengan keluarga.

Iklan

Namun pada hari kejadian, dia dipercayai tidak ke tempat kerja seperti biasa.

"Ketika kejadian juga pemuda itu mengunci kediaman itu dan menutup semua pintu dan tingkap rumah.

Iklan

"Kematiannya hanya disedari ahli keluarga pada petang kejadian," katanya.

Suzaimi berkata, mayat pemuda itu dihantar ke unit forensik Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.