India catat 31,382 kes baharu Covid-19
Iklan
NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 India meningkat kepada 33,594,803 pada Jumaat, berikutan 31,382 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, lapor Xinhua, memetik data terkini kementerian kesihatan.
Selain itu, 318 kematian akibat virus itu dilaporkan sejak Khamis pagi, menjadikan jumlah kematian sebanyak 446,368.