Barcelona masih miliki kualiti cabar kejuaraan La Liga

Iklan
Dari kiri, Roberto percaya Barcelona masih mempunyai elemen mencabar kejuaraan La Liga musim ini. - Foto AFP

PEMAIN tengah Barcelona, Sergi Roberto menegaskan gergasi La Liga itu masih mempunyai elemen mencabar kejuaraan musim ini biarpun selepas sekadar melakar keputusan seri 0-0 menentang Cadiz di Estadio Nuevo Mirandilla.

Malah menurut Roberto, keputusan kurang memberangsangkan di laman lawan pada perlawanan kelima liga tersebut bukan penamat pemburuan kejuaraan bagi kelab Catalan itu.

Iklan
Iklan

"Kami di sini sentiasa bermotivasi untuk memenangi setiap perlawanan dengan satu matlamat iaitu menjulang kejuaraan pada penghujung musim.

"Jadi tanggapan bahawa Barca mengakhiri saingan dalam kedudukan empat terbaik musim ini berdasarkan situasi semasa kelab, sememangnya tidak dapat saya terima.

Iklan

"Sesungguhnya setiap pemain perlu terus berjuang untuk merangkul kejuaraan kerana skuad ini memiliki keupayaan untuk mencipta sejarah tersendiri, walaupun dihimpit belenggu kecederaan.

"Kelab ini memiliki skuad yang mampu mencabar kejuaraan, malah saya percaya tidak ada kelab lain barisan pemain-pemain seperti dimiliki Barca,” kata Roberto.

Iklan

Reaksi Roberto hadir selepas tonggak pertahanan, Gerard Pique dan pengendali Ronald Koeman mengakui Barca tidak memiliki skuad yang mampu menyaingi Real Madrid dan Atletico Madrid dalam saingan domestik serta Eropah.

Barcelona sebelum itu terus mempamerkan prestasi longlai dalam saingan La Liga musim ini apabila melakar keputusan seri buat kali kedua menentang kelab bawahan selepas mengharungi lima perlawanan.

Mengenai perlawanan itu, Roberto percaya keputusan seri tanpa jaringan tersebut merupakan titik tolak kepada kebangkitan selepas ini.

"Pemain-pemain Barcelona perlu melupakan keputusan di laman lawan ini, sebaliknya fokus untuk bangkit perlawanan selepas ini dengan kemenangan.

"Ya, kami mendapat beberapa keputusan yang kurang baik dalam perlawanan terdahulu, namun seperti saya katakan ini bukan satu pengakhiran tapi satu permulaan untuk setiap pemain bekerja lebih keras lagi,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Barcelona kini mengumpulkan sembilan mata selepas mengharungi lima perlawanan liga.