Bantu orang asli ambil vaksin

Iklan
Sebahagian orang asli di sekitar Gua Musang hadir untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Hendrop, bermula 29 Ogos hingga 2 September lalu.

Sebahagian orang asli di sekitar Gua Musang hadir untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Hendrop, bermula 29 Ogos hingga 2 September lalu.

Iklan
Iklan
TNB Genco terlibat dalam Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli Gua Musang

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn Bhd

(TNB Genco) membantu seramai 2,300 orang asli sekitar Gua Musang menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli yang diadakan bermula Ogos lalu.

TNB Genco bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menganjurkan program tersebut melibatkan dua sesi.

Iklan

TNB Genco dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang dan Jakoa menganjurkan program yang melibatkan seramai 52 petugas termasuk sukarelawan dalam kalangan warga kerja TNB Genco, KKM dan Jakoa.

Iklan

Sesi pertama diadakan bermula pada 29 Ogos hingga 2 September lalu manakala sesi kedua pula bermula 14 September sehingga 17 September.

Pada sesi pertama Program Imunisasi Vaksinasi Orang Asli, seramai 2,000 masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Pos Hendrop telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Program itu turut melibatkan seramai 52 petugas termasuk sukarelawan dalam kalangan warga kerja TNB Genco, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jakoa.

Petugas KKM membantu masyarakat orang asli di sekitar Gua Musang di kaunter pendaftaran sebelum menerima suntikan vaksin.

Bagi melancarkan program vaksinasi itu, TNB Genco turut menyumbang peralatan perubatan dan keperluan logistik seperti khemah, makanan dan peralatan siar raya kepada para petugas barisan hadapan, sukarelawan dan penerima vaksin.

Selain itu, TNB Genco turut memberi sumbangan pek makanan asas kepada 1,300 keluarga orang asli yang terjejas mata pencarian akibat pandemik.

Pada sesi kedua pula, TNB Genco membantu seramai 288 orang asli yang menerima vaksin.

Petugas KKM memberikan suntikan vaksin kepada salah seorang penduduk orang asli dari Gua Musang.

Mereka yang menerima vaksin ini terdiri daripada 90 orang asli di Pos Pulat manakala selebihnya orang asli di Pos Bihai.

Dalam program sama, TNB Genco juga turut memberi sumbangan pek makanan asas kepada 300 keluarga orang asli yang terjejas mata pencarian akibat pandemik selain turut menyediakan bantuan logistik di kedua-dua pos berkenaan.

TNB Genco sebagai anak syarikat milik penuh TNB berperanan mengurus dan mengendalikan loji tenaga domestik, perniagaan enjanaan tenaga boleh diperbaharui, operasi loji tenaga dan penyelenggaraan serta operasi terminal pukal kering.