Bursa Malaysia dibuka tinggi
Iklan
Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dalam keadaan prestasi semalaman Wall Street yang lebih memberangsangkan.
Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.13 mata atau 0.27 peratus kepada 1,533.15 daripada 1,529.02 sewaktu ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ia dibuka tinggi 3.31 mata kepada 1,532.33.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 334 kepada 159 manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,499 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.
Iklan
Jumlah dagangan pada 418.10 juta unit bernilai RM245.13 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan berpendapat, kenaikan semalaman di Wall Street, berita mengenai pembukaan semula sempadan negeri apabila kadar vaksinasi penduduk dewasa mencapai 90 peratus dan keputusan peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang melibatkan tiga negeri, boleh meningkatkan keyakinan pelabur.
Iklan
"Memandangkan tiga lagi negeri beralih ke fasa PPN yang selanjutnya, yang memberi isyarat pemulihan ekonomi yang lebih cerah, pelabur mungkin mencari saham-saham berkaitan penerbangan, pelancongan dan pengguna.
"Selain itu, kami jangka saham-saham berkaitan telco akan meneruskan kenaikan hari ini berikutan berita mengenai tender Jalinan Digital Negara (Jendela),” katanya.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM8.11, Public Bank dan IHH Healthcare naik dua sen masing-masing kepada RM4.06 dan RM6.65, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.08 dan Petronas Gas turun lapan sen kepada RM16.82.
Bagi saham aktif, Bintai Kinden naik tiga sen kepada 68 sen, Opcom meningkat lima sen kepada RM1.16, KNM menokok setengah sen kepada 23.5 sen, Binasat naik satu sen kepada 44 sen, AYS Venture naik enam sen kepada 77 sen dan TFP Solutions turun 1.5 sen kepada 14.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 34.14 mata kepada 11,267.25, Indeks FBMT 100 meningkat 30.06 mata kepada 10,967.52, Indeks FBM Emas Shariah naik 38.31 mata kepada 12,281.98, FBM 70 menokok 43.06 kepada 14,949.99, dan FBM ACE meningkat 61.32 mata kepada 7,168.87.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 9.13 mata kepada 6,283.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.41 mata kepada 199.63, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 55.65 mata kepada 15,209.51. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>