Peneroka Felda teruja, gembira

Iklan
Hawaniah, Mohd Hassan, Sulaiman

SHAH ALAM - Peneroka Felda Trolak Selatan, Perak menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan setelah menerima penyata pendapatan pertama mereka selepas menandatangani perjanjian penghapusan pinjaman seperti diumum kerajaan baru-baru ini.

Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan, Mohd Hassan Baharin gembira dan berbesar hati kerana buat pertama kalinya setelah 39 tahun, Felda telah melupuskan sebahagian besar pinjaman kebun beliau dan peneroka lain.

Iklan
Iklan

"Saya amat berpuas hati apabila mendapat penyata pendapatan yang baharu, potongan bayaran kembali saya dikurangkan kepada RM167 sebulan berbanding RM300 yang sepatutnya dipotong.

"Saya masih berhutang sebanyak RM12,000 tetapi selepas Felda mengambil langkah melupuskan pinjaman peneroka, baki pinjaman kebun saya ialah RM6,013 sahaja,” katanya.

Iklan

Mohd Hassan dan peneroka lain teruja dan gembira dengan pelaksanaan pelupusan pinjaman ini yang sedikit sebanyak meningkatkan pendapatan bulanan mereka apabila potongan bayaran kembali dikurangkan dengan drastik.

"Saya yakin Felda amat mengambil berat dan meneliti pelbagai aspek sebelum laksanakan inisiatif ini,” katanya.

Iklan

Sementara itu, peneroka Felda Trolak Selatan, Sulaiman Harun turut sependapat dengan Mohd Hassan dan gembira kerana menerima pelupusan pinjaman.

"Apabila menerima penyata pendapatan, saya amat gembira hanya perlu membayar RM250 sebulan selepas menandatangani perjanjian penghapusan pinjaman itu. Pinjaman saya juga berkurang daripada RM114,000 kepada RM45,000 sahaja.

"Saya tahu jumlah sebenar pinjaman yang perlu dibayar apabila melihat slip bayaran ini. Sepatutnya perlu membayar RM300 tetapi kini ia telah dikurangkan, syukur Alhamdulillah,” katanya.

Bagi Pengerusi GPW Felda Trolak Selatan, Hawaniah Korik, Felda telah melaksanakan apa yang dijanjikan dengan peneroka iaitu melupuskan sebahagian pinjaman mereka.

"Keyakinan kami sentiasa bersama Felda. Kami berterima kasih kepada agensi ini kerana banyak membantu peneroka terutamanya dengan inisiatif yang begitu menguntungkan peneroka,” katanya.