Kampung Orang Asli Gangai, Perak kena PKPD
Iklan
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Kampung Orang Asli Gangai, Mukim Slim, Mualim di Perak dikenakakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, turut dikenakan PKPD adalah lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Rompon, Tambunan yang akan bermula Jumaat.
Iklan
Iklan
"Pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini adalah selama dua minggu iaitu masing-masing dijadual tamat pada 6 dan 7 Oktober.
"Perintah ini dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Sementara itu, beliau berkata, PKPD di sembilan lokaliti di tiga negeri pula ditamatkan pada Rabu dan Khamis
Katanya, ia membabitkan satu lokaliti di Perak iaitu Taman Samudera, Seri Manjung, Manjung yang ditamatkan hari ini (Rabu) iaitu lebih awal dari tarikh yang dijadualkan pada 2 Oktober depan.
Iklan
"Lapan lagi lokaliti masing-masing empat di Pahang dan empat di Sabah pula ditamatkan pada Khamis seperti dijadualkan," katanya.
Lokaliti di Pahang membabitkan Kampung Batu 1, Jalan Mentakab, Temerloh; Felda Keratong 8, Rompin serta Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam di Jerantut.
Lokaliti di Sabah pula melibatkan Kampung Lohan Ulu, Ranau; Kampung Pengalat Kecil, Papar dan Kampung Ulu serta Kampung Pasir Putih di Putatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>