'Perkuat jentera kembalikan UMNO 1946'
Iklan
UMNO
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pusat Pro Tem UMNO 1946 akan terus memperkuatkan jentera pergerakan perjuangan mengembalikan UMNO 1946 yang telah diusahakan di seluruh negara.
Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, pihaknya menyeru keseluruhan rakyat khususnya pemuda pemudi berbangsa Melayu untuk bersama-sama menebus kembali integriti dan maruah yang telah dikhianati oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan peribadi.
Iklan
Iklan
"Kami juga ingin menyeru ahli-ahli asal yang masih setia dengan perjuangan UMNO 1946, agar berganding bahu untuk merealisasikan matlamat murni, demi bangsa, agama dan negara.
"Kami berharap, UMNO akan mendapat rahmat dan petunjuk untuk kita bersama-sama memperbaiki dan memperkukuhkan landasan perjuangan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara,” kata jawatankuasa itu pada Rabu.
Iklan
Jawatankuasa itu terdiri daripada Datuk Seri Abdul Rahman Maidin, Norali Nordin, Nor Halim Hashim, Amiron Ismail dan Abdul Muiz Jaafar Thani.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyahut panggilan dan seruan rakyat khususnya bangsa Melayu yang mengharapkan ciri-ciri perjuangan asal orang-orang Melayu berlandaskan sejarah dan semangat UMNO 1946 dikembalikan dan diberi nafas baharu dalam arus gerakan perjuangan Melayu di negara ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>