Erdogan desak penyelesaian politik konfllik di Syria
Iklan
NEW YORK - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendesak masyarakat antarabangsa mencari penyelesaian politik untuk mencegah konflik terus berlarutan di Syria.
"Masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan krisis Syria berlanjutan selama 10 tahun lagi. Kita perlu mempamerkan tekad yang lebih kuat untuk penyelesaian politik bagi masalah itu,” kata Erdogan dalam ucapannya pada sesi ke-76 Perhimpuan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lapor Sputnik.