Penglipurlara Awang Batil

Iklan

Pewaris tunggal Awang Batil, Ramli Mahmud, 66, melakukan latihan gesekan biola lagu-lagu cerita rakyat ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pokok Sena, Chuping.

Ramli yang mesra dengan panggilan ‘Abang Li’ atau ‘Pak Ramli’ dalam kalangan penduduk sekitar berkata beliau mula belajar persembahan Awang Batil seawal usia enam tahun daripada bapanya arwah Mahmud Wahib yang juga merupakan tokoh Awang Batil.

Iklan
Iklan

Ramli berkata bagaimanapun beliau tidak kisah sangat dengan bayaran, apa yang lebih penting baginya ialah dapat meneruskan legasi seni penglipur lara itu daripada pupus di telan zaman. Katanya beliau sedia berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan generasi muda bila-bila masa sahaja kerana seni warisan itu semakin dilupakan oleh generasi hari ini. - Foto Bernama