Ku Li letak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO
Iklan
Tengku Razaleigh - Foto Bernama
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin lalu.
Perkara itu disampaikan beliau menerusi sepucuk surat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 20 September.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan tersebut susulan kecewa dengan tindakan pemimpin parti memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.
"Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti kerajaan gagal telah direstui oleh pimpinan UMNO walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi dari kerajaan tersebut.
Iklan
"Bolehkan mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) dan akhiri Parlimen tergantung?
"Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU15 nanti?” katanya.
Iklan
Dalam pada itu, Tengku Razaleigh turut berterima kasih kepada Presiden kerana memberi peluang untuknya memainkan peranan dalam perjalanan parti itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>