Jambatan Bijih Besi Jubakar Pantai

Iklan

Bersejarah...Bukan sekadar memiliki panorama indah dengan desiran ombak di Kampung Jubakar Pantai yang turut meninggalkan satu daripada beberapa binaan zaman British di negara ini, suatu ketika dahulu.

Para pengunjung dapat melihat sendiri kesan sejarah itu menerusi pacakan beberapa tiang konkrit yang bermula dari pesisir pantai tersebut hingga ke tengah laut.

Iklan
Iklan

Tiang-tiang itu merupakan sebahagian daripada binaan sebuah jambatan yang digunakan oleh syarikat Jepun, Oriental Mining Co. bagi memunggah bijih besi ke kapal kecil pengangkut, sebelum ia dipindahkan ke kapal induk yang lebih besar seterusnya dieksport ke negara yang dikenali dengan jolokan Matahari Terbit itu.

Syarikat itu terus menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Walaupun sudah mencapai kemerdekaan, namun pengeluaran bijih besi masih berterusan dan kerja-kerja perlombongan hanya berhenti pada 1965 susulan hasil galian tersebut semakin berkurangan.

Iklan
Iklan

Akhirnya, binaan yang dikenali sebagai jambatan bijih besi itu terus dimamah usia dan runtuh manakala tiang-tiangnya masih utuh di sekitar pantai tersebut. - Foto Bernama