QSR Brands tawar 580,000 hidangan percuma

Iklan
Kempen Beli 1, Percuma 1 menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin.

SHAH ALAM – Peneraju utama makanan yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia, QSR Brands menawarkan 580,000 hidangan percuma selama sebulan menerusi inisiatif baharu, ‘Beli 1 Percuma 1’ bermula 16 September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, ia bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin dengan segera.

Iklan
Iklan

"QSR Brands menyokong usaha untuk meningkatkan peratusan vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok. Atas dasar ini, kami mengambil berat kesejahteraan rakyat dan memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk semua adalah amat penting.

"Justeru, kempen Beli 1 Percuma 1 adalah salah satu cara kami sebagai syarikat berjiwa rakyat untuk menggalakkan pengambilan vaksin sekali gus menzahirkan penghargaan kepada rakyat kerana telah melakukan tanggungjawab mereka ke arah masa depan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, sebagai sokongan kepada kempen Lindung Diri, Lindung Semua, QSR Brands juga turut menyumbangkan 70,000 pelitup muka KFC edisi terhad yang menepati spesifikasi yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"QSR Brands adalah sebuah syarikat ‘people first’ dan dalam situasi ini kami mengutamakan kesejahteraan warga kerja kami sepanjang waktu mencabar ini dengan menggalakkan pengambilan vaksin.

Iklan

"Kami juga memberikan vaksin secara individu kepada warga kerja di kawasan luar bandar dan mengatur semula kaedah kerja bagi membolehkan wanita hamil bekerja dari rumah untuk kekal selamat,” katanya.

Jamaludin berkata, QSR Brands komited untuk memerangi C ovid-19 dan membantu dalam usaha kebajikan kepada masyarakat melalui inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Melalui ‘Beli 1 Percuma 1’, QSR Brands telah memberi ganjaran kepada penerima lengkap vaksin Covid-19 dengan satu hidangan KFC percuma berharga RM13.49 atau satu hidangan hangat Pizza Hut percuma berharga sehingga RM29.90 dengan pembelian satu hidangan.

Layari http://vaksincovid.gov.my untuk maklumat lanjut tentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan layari https://kfc.com.my/vaksin serta https://vaksin.pizzahut.com.my untuk menebus hidangan KFC & Pizza Hut.