Brighton diharap tidak terlalu selesa selepas atasi Leicester City
Iklan
Maupay menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto Shutterstock
PENGENDALI Brighton, Graham Potter mengingatkan kesebelasan pemainnya agar tidak terlalu selesa dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, pada Ahad.
Malah sebaliknya menurut Potter, kemenangan itu diharapkan dapat terus memberikan motivasi buat pemain The Seagulls itu untuk terus memberikan aksi terbaik dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.
Iklan
Iklan
"Secara keseluruhannya, ia adalah tiga mata yang cukup berharga buat kita dan tambah menarik ia berjaya di raih di hadapan penyokong sendiri.
"Semua posisi dilihat berfungsi dengan baik, pertahanan, serangan, jentera tengah kesemuanya telah memainkan peranan dengan mengikuti percaturan taktikal yang telah diatur.
Iklan
"Namun, kemenangan ini diharap dapat menyuntik semangat pemain untuk terus memberikan aksi yang terbaik bagi terus melakar kemenangan selepas ini,” katanya.
Pada perlawanan berkenaan Brighton membuka jaringan menerusi Neal Maupay yang menyempurnakan sepakan poenalti pada minit ke-35 sebelum Danny Welbeck menjaringkan gol kedua pada minit ke-50.
Iklan
Penyerang Leicester City, Jamie Vardy kemudiannya merapatkan jurang pada minit ke-61, namun jaringan berkenaan dilihat gagal untuk menyekat kemenangan Brighton.
Sementera itu Potter lega kerana kesebelasan Brighton dilihat telah mempamerkan aksi bertahan yang baik dalam baki setengah jam perlawanan setelah jaringan Vardy.
Katanya, kejayaan mengekang asakan-asakan pelawat yang mahu menjaringkan gol penyamaan juga dilihat sebagai satu kejayaan buat pasukan berkenaan.
"Bagi saya, Leicester adalah pasukan yang baik dan kejayaan pemain kami untuk mengekang asakan-asakan penyerang mereka pada penghujung perlawanan dilihat sebagai ‘satu kejayaan’ yang membanggakan.
"Selain itu, kami juga bernasib baik kerana tidak ‘dibocori’ dengan lebih banyak gol pada perlawanan berkenaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>