Lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air
Iklan
BATANG KALI - Seorang lelaki terperangkap di seberang sungai akibat fenomena kepala air ketika mandi di sebatang sungai berhampiran sebuah pusat peranginan di Jalan Batang Kali-Genting, di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.40 petang mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.