Wasiyyah Shoppe Berhad lancar Pejabat Keluarga patuh syariah
Iklan
Ariffin Sabirin
WASIYYAH Shoppe Berhad melancarkan perkhidmatan Pejabat Keluarga patuh syariah pertama di dunia yang akan dilaksanakan melalui subsidi milik penuh Wasiyyah Family Office Sdn Bhd.
Pengerusinya, Ariffin Sabirin berkata, Wasiyyah Family Office menawarkan perkhidmatan pengurusan dan perancangan harta holistik rentas sempadan kepada pelanggan yang memiliki aset bernilai tinggi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk penyusunan strategi; penambah baikan tadbir urus korporat syarikat milik keluarga; tadbir urus keluarga; pembangunan bakat generasi; pengurusan tabung amanah; serta portfolio kewangan dan pelaburan.
Selain itu, perlindungan keluarga; legasi dan pewarisan; percukaian dan perakaunan; aktiviti kebajikan serta segala pengurusan harta milik keluarga.
Iklan
"Objektif utama adalah memastikan aspek kepatuhan syariah dalam pengurusan harta pelanggan dan memenuhi kedua-dua objektif yang disasarkan oleh Pejabat Keluarga konvensional.
"Kami mendapati terdapat permintaan tinggi untuk perkhidmatan Pejabat Keluarga seluruh dunia terutama dari pelanggan berprofil tinggi walaupun ekonomi dunia berada di dalam ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Ariffin berkata, kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam memberikan kelebihan untuk Wasiyyah Family Office dalam memperkenalkan model perkhidmatan patuh syariah kepada dunia.
Tambah beliau, Wasiyyah Family Office akan memastikan model perkhidmatan untuk setiap pelanggan adalah bersifat unik, ‘tailor-made’ dan dibangunkan khas untuk pelanggan tersebut sahaja.
"Ia dibangunkan mengikut objektif dan keperluan, struktur keluarga, hasrat, lokasi harta, sasaran pulangan dan undang-undang yang berkaitan dengan harta tersebut.
"Model perkhidmatan setiap pelanggan akan dibangunkan oleh satu pasukan yang terdiri dari pakar-pakar berlesen dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
"Model perkhidmatan ini kemudian akan disahkan oleh syarikat perunding syariah sebagai patuh syariah mengikut standard syariah yang diterima pakai di peringkat antarabangsa,” ujarnya.
Ariffin berkata, Wasiyyah Family Office menyasarkan pelanggan bernilai tinggi dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei di dalam tahun pertama operasinya.
Bagi tahun seterusnya, katanya, syarikat akan meneroka pasaran di negara Eropah, negara Timur Tengah dan Asia Tengah.
"Kami tahu usaha ini akan ada cabaran besar kerana perkhidmatan pejabat keluarga patuh syariah ini adalah yang pertama di dunia.
"Namun di peringkat syarikat induk iaitu Wasiyyah Shoppe Berhad sendiri, kami sudah biasa berada dalam kedudukan sebagai perintis industri perancangan harta di Malaysia sejak tahun 2004.
"Wasiyyah Shoppe Berhad mengunjurkan subsidiarinya, Wasiyyah Family Office akan menyumbang kepada 15 peratus dari pendapatan kumpulannya menjelang tahun 2023," jelas beliau.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.